Friday, December 6, 2013

Apa fungsi medical card dan kepentingannya?

Medical Card merupakan satu medium dimana  membolehkan anda mendapatkan rawatan terbaik di hospital swasta selain di Hospital Kerajaan. akan membantu menyelesaikan bil sospital anda yang besar. Tahukah anda masih ramai rakyat Malaysia masih tidak memiliki  medical card dan ramai yang berhutang Kad Kredit dan pinjaman peribadi untuk jelaskan kos perubatan hospital swasta yang tinggi? Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan menguruskan pinjaman. AKPK, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.


Sehubungan dengan itu, seseorang yang bijak merancang kewangan pasti menyedari tentang keperluan memiliki medical card adalah seperti memiliki Insurans Kenderaan Motor serta MRTA bagi pinjaman perumahan.  Anda tidak perlukan medical card sekiranya anda telah mempunyai wang melebihi 100 juta, kerana wang tersebut sudah cukup untuk menyara kos perubatan anda sekiranya perlu.

Jadi, apa fungsi  Medical Card?


Fungsi adalah sebagai perlindungan kepada Bil Hospital Swasta yang tinggi. Dengan medical card,  anda mampu mendapatkan rawatan yang lebih selesa, cepat dan tepat. Anda tidak perlu menggunakan akaun saudara mara, akaun Bank, Akaun EPF @ KWSP, Akaun orang ramai untuk melangsaikan Bil Rawatan anda.

Apa yang patut anda ketahui sebelum mempertimbangkan untuk memiliki Medical Card?


a. Had Bilik & Penginapan Hospital– Anda perlu tentukan kos bilik Hospital di kawasan anda. Boleh cek di laman web hospital, berapakah kos harga untuk Room and Board Single Room, Double and Triple. Jadi anda tentukan samada anda ingin memilih pelan untuk Room and Board 100, 200, 300, 500 atau lebih lagi.
b. Co-Payment Takaful . Ada syarikat yang mempunyai co-insurans atau co-takaful sebanyak 10% limit kepada RM500 atau RM1000. Ada juga yang tiada co-takaful langsung. Namun pastinya underwriter Takaful telah bijak menyusun strategi, kalau tiada co-takaful, mereka akan lebihkan kepada caj Tabarru’, kurangkan limit tahunan , kos rawatan sususal cancer serta hemodialisis dan sebagainya. Jadi, Anda tentukan sendiri selepas berbincang dengan agent takaful, mana lebih baik untuk anda.
c. Had Tahunan dan had seumur hidup adalah salah satu factor yang patut anda pertimbangkan untuk menentukan medical card terbaik untuk anda dan keluarga.
d. Had Umur. Maksud saya di sini adlah tempoh maksimum perlindungan. Ada syarikat yang menawarkan had maksimum 70 tahun, 80 tahun, 85 tahun, 99 tahun. Bukanlah bermakna mengambil had umur sehingga 99 yang terbaik, kerana makin berusia, makin meningkat kos perubatan. Jadi, anda boleh memilih pelan yang secara logiknya berapakah average jangka hayat rakyat Malaysia. Saya sarankan pelan sehingga umur 80 tahun sudah mencukupi.
e. Kos Rawatatan Kanser Pesakit Luar serta Kos Rawatan Dialisis buah pinggang pesakit luar. Ada syarikat yang mengasingkan had rawatan pesakit luar daripada had tahunan, contohnya dengan mengehadkan kos dialysis sehingga RM30,000 saja. Jadi, Klaus ini tersangat penting kerana ramai yang menghidap sakit buah pinggang perlukan rawatan melebihi RM30,000 setahun untuk dialysis.
Sebenarnya banyak lagi perbandingan untuk medical card, anda pastinya boleh mendapatkan maklumat lanjut serta perbandingan terperinci daripada Agent Takaful yang mesra dan peramah (ehem..ehem..seperti saya laa…)

Adakah Masih Sempat Untuk Mengambil Plan Ini Pada Umur 55 @ Selepas Pencen?

Ini Adalah Soalan Biasa Yang Saya Dengar Dari Orang Ramai kerana majikan telah menyediakan medical card sebagai salah satu kemudahan untuk pekerja. Tetapi perlu diingatkan Premium atau jumlah bayaran bulanan akan mahal. Paling kurang RM500 sebulan.
Sekiranya anda mampu membayar medical card yang mahal sekalipun, permohonan medical card anda akan ditolak kerana anda telah menghidap pelbagai jenis penyakit. Anda mungkin bersara sebagai jutawan dari duit simpanan atau KWSP dam ingin menggunakan dana tersebut untuk membeli medical card, tetapi tiada gunanya lagi kerana kemungkinan anda telah menghidapi penyakit sewaktu usia begitu adalah tinggi. Jadi, tiada pilihan lain dan anda terpaksa menggunakan dana persaraan daripada KWSP untuk membayar kos rawatan hospital yang makin lama makin melambung.

*Saya telah berjumpa dengan ramai rakyat Malaysia yang berumur 55 tahun ke atas yang berjumpa saya untuk memiliki insurans nyawa dan kad perubatan @ medical card. Jika mereka sihat, tiada masalah. Tetapi jika mereka mempunyai penyakit seperti diabetes, permohonan mereka akan ditolak oleh mana-mana Syarikat Takaful atau Insurans. Mengapa mereka ingin memiliki medical kad?  Kerana mereka sedang membayar sebanyak RM30,000 setahun untuk bil perubatan hospital mereka.

Saya bertanya, kenapa sebelum ini tidak ambil kad perubatan @ medical card? Mereka menjawab “Selama ini, bil klinikal, bil pembedahan dan hospital di bayar oleh syarikat saya bekerja. Rawatan diabetis saya RM50,000 pun dibayar oleh syarikat”

Tetapi apabila bersara, syarikat sudah tidak melindungi anda. Tetapi penyakit diabetes masih ada. Rawatan masih diperlukan. Sekarang anda mempunyai masalah besar. Tiada mana-mana syarikat insurans pun akan melindungi anda lagi.Dan yang paling penting kita perlu ingat adakan kita boleh guarantee kita akan bekerja selama-lamanya di syarikat tersebut dan juga adakan performance syarikat akan bertahan sampai bila-bila? Sekiranya syarikat ada masalah kewangan perkara pertama yang akan ditarik balik tentulah manfaat yang diberikan kepada pekerja.

Saya harap  dengan perkongsian ini dapat membantu anda untuk memilih yang sesuai untuk keperluan anda dan keluarga. Saya amat berharap perkongsian ini dapat member manfaaat, dan saya amat berbesar hati untuk memberikan khidmat nasihat yang terbaik secara percuma untuk anda bagi membuat keputusan untuk memilih yang memenuhi keperluan anda dan keluarga. InsyaAllah.


sumber:kadperubatantakaful.com




Mengapa insuran penting?

Perkhidmatan perlindungan insuran memang diakui perlu dalam kehidupan. Ianya dapat membantu kita sekiranya kita menghadapi masalah. Sebagai contoh jika kereta kita kemalangan dan melibatkan kos pembaikan yang besar kita terpaksa menggunakan perkhidmatan pihak insuran untuk membayar kos pembaikan kenderaan tersebut dan sekiranya kita menghadapi penyakit kronik yang termasuk dalam senarai yang dilindungi oleh pihak insuran, pihak insuran akan membiayai kos perubatan tersebut. Dan sebaliknya sekiranya kita tidak dilindungi oleh insuran maka kita terpaksa membayar dengan wang saku sendiri untuk kesemua perbelanjaan yang timbul daripada kemalangan kereta ataupun kos perubatan untuk merawat penyakit yang dihidapi.
Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya sebelum dan selepas memilik perlindungan insuran untuk anak saya. Pada tahun 2006 sebelum saya membeli perlindungan insuran untuk anak saya, anak saya telah dijangkiti penyakit di mana paru-parunya telah dijangkiti kuman. Pada masa tersebut saya belum mengetahui yang anak saya dijangkiti penyakit tersebut. Saya ingat dia hanya demam biasa. Ini hasil pemeriksaan klinik swasta dan hospital. Walau bagaimanapun setelah 3 hari mendapat rawatan klinik dan hospital saya mendapati tahap kesihatan anak saya semakin merosot. Dia tidak lalu makan dan suhu badan mencecah 39 darjah. Setelah mendapati beliau semakin sakit saya mengambil keputusan untuk merujuk anak saya ke Pusat Pakar Perubatan Normah. Walaupun tahu kos yang terpaksa ditanggung sekiranya anak saya dimasukkan ke hospital tersebut akan mencecah ribuan ringgit demi kesihatan anak, saya sanggup berkorban apa saja.
Setelah diperiksa oleh pakar, barulah saya dimaklumkan bahawa anak saya dijangkiti kuman di bahagian paru-parunya. Setelah dimaklumkan perkara tersebut doktor menasihatkan supaya anak saya ditahan untuk mendapat rawatan lanjut. Setelah 4 hari 3 malam dirawat di pusat tersebut saya terpaksa membayar sendiri kos perubatan yang berjumlah RM3,500. Di situlah saya berfikir jika anak saya dilindungi oleh insuran, kos tersebut mungkin saya tidak perlu bayar.
Setelah berfikir untuk masa depan anak-anak saya, saya mengambil keputusan untuk membeli perlindungan insuran untuk anak-anak saya. Pakej yang saya ambil adalah termasuk perubatan dan simpanan. Disamping dapat melindungi anak-anak sekiranya dimasukkan ke hospital akibat penyakit saya juga menabung untuk masa depan mereka.
Setelah hampir dua tahun membeli perlindungan tersebut anak saya sekali lagi dimasukkan ke Pusat Pakar Perubatan Normah akibat jangkitan kuman di usus ataupun istilah mudahnya cirit-birit yang agak kronik. Setelah dimasukkan ke dalam hospital tersbut selama 2 hari saya dikenakan bayaran sebanyak RM2,000. Setelah merujuk kepada agen insuran saya, saya hanya perlu membayar sebanyak RM100 sahaja sebagai bayaran untuk kos yang tidak ditanggung seperti caj pentadbiran. Dengan itu, masalah berkaitan dengan pembiayaan kos perubatan untuk anak saya dapat saya pindahkan kepada pihak insuran. Saya berasa perlindungan insuran yang saya ambil amat membantu menyelesaikan masalah kewangan saya dan saya amat berharap agar rakan-rakan sekalian mengambil iktibar dariapada kisah saya ini untuk perlindangan kesihatan diri ataupun keluarga untuk masa yang akan datang.

Sekian, terima kasih.
Disediakan Oleh:
MUHAMMAD NAJIB BIN AHMAD
PENOLONG PEGAWAI TADBIR
JABATAN PEGUAM NEGARA MALAYSIA SARAWAK

Thursday, December 5, 2013

Mengapa perlu beli insuran ketika muda?

Pengurusan wang adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin, baik bagi seorang individu mahupun organisasi. Oleh itu adalah penting untuk merancang kewangan kita semasa kita masih muda dan sihat. Namun kita sering lupa yang kita hanya merancang Tuhan menentukan. Kita hidup di dunia ini tidak selamanya akan sihat. Adakalanya kita akan mendapat penyakit.Ini kerana sewaktu kita sakit, sudah pasti banyak wang yang akan digunakan bagi membayar kos perubatan kita itu. Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana kita tidak merasakan keperluan insuran. Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tidak penting kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya. Cuba ingat jika rakan-rakan anda pernah berkata “kan bagus kalau ada insurans. Nda juga susah-susah mahu cari duit untuk bayar kos perubatan”. Jika ditanya pada rakan-rakan anda yang mengalami musibah sudah pasti mereka akan mengatakan alangkah baiknya jika mereka mempunyai perlindungan insurans. Disini saya ingin menyatakan mengapa insurans lebih baik diambil seawal mungkin. Peningkatan harga premium 15% setiap tahun Setiap tahun harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan sekiranya kita mengambil polisi dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding sekiranya kita ambil tahun ini.



Faktor umur memberi kesan besar terhadap bayaran premium polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan premium polisi dengan perlindungan manfaat yang bagus dengan harga yang murah. Sebagai contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama. Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi? Setelah disahkan mendapat penyakit Sekiranya sudah mendapat penyakit dan bergantung kepada penyakit adakalanya insurans tidak akan melindungi penyakit kita itu. Pada ketika itu, permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans pun tidak bermakna sudah. Sekalipun permohonan kita diterima, penyakit yang sudah disahkan dihidapi tidak akan dilindungi selain daripada premium yang dikenakan lebih tinggi. Malah terdapat kes yang mana syarikat takaful / insurans menolak permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kerana risiko anda sudah semakin tinggi. Sebab itu, masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah semasa kita masih sihat dan muda. 



Semakin berumur, risiko penyakit semakin meningkat, perlindungan semakin berkurangan 


Setelah disahkan mendapat penyakit 

Sekiranya sudah mendapat penyakit dan bergantung kepada penyakit adakalanya insurans tidak akan melindungi penyakit kita itu. Pada ketika itu, permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans pun tidak bermakna sudah. Sekalipun permohonan kita diterima, penyakit yang sudah disahkan dihidapi tidak akan dilindungi selain daripada premium yang dikenakan lebih tinggi. Malah terdapat kes yang mana syarikat takaful / insurans menolak permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kerana risiko anda sudah semakin tinggi. Sebab itu, masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah semasa kita masih sihat dan muda.

HUBUNGI SAYA SEGERA. ARMIZI ARIFFIN, PERUNDING TAKAFUL ANDA UNTUK KHIDMAT NASIHAT MENGENAI KAD PERUBATAN DAN SIMPANAN TAKAFUL DI TALIAN 0123103127 (WHATSAPP)

ATAU LIKE PAGE KAMI