Thursday, December 5, 2013

Mengapa perlu beli insuran ketika muda?

Pengurusan wang adalah penting bagi menjamin masa depan yang lebih terjamin, baik bagi seorang individu mahupun organisasi. Oleh itu adalah penting untuk merancang kewangan kita semasa kita masih muda dan sihat. Namun kita sering lupa yang kita hanya merancang Tuhan menentukan. Kita hidup di dunia ini tidak selamanya akan sihat. Adakalanya kita akan mendapat penyakit.Ini kerana sewaktu kita sakit, sudah pasti banyak wang yang akan digunakan bagi membayar kos perubatan kita itu. Mungkin disebabkan oleh faktor kesihatan yang masih baik menyebabkan kita masih berada didalam situasi “comfort zone” dimana kita tidak merasakan keperluan insuran. Bila tiada keperluan maka tiadalah kepentingan. Bila tidak penting kita akan terus bertangguh-tangguh dalam melaksanakannya. Cuba ingat jika rakan-rakan anda pernah berkata “kan bagus kalau ada insurans. Nda juga susah-susah mahu cari duit untuk bayar kos perubatan”. Jika ditanya pada rakan-rakan anda yang mengalami musibah sudah pasti mereka akan mengatakan alangkah baiknya jika mereka mempunyai perlindungan insurans. Disini saya ingin menyatakan mengapa insurans lebih baik diambil seawal mungkin. Peningkatan harga premium 15% setiap tahun Setiap tahun harga premium insuran akan meningkat sebanyak 15% setiap tahun. Ini menyebabkan sekiranya kita mengambil polisi dengan manfaat yang sama pada tahun hadapan, harganya adalah 15% lebih mahal berbanding sekiranya kita ambil tahun ini.



Faktor umur memberi kesan besar terhadap bayaran premium polisi kita. Semakin awal umur kita mengambil polisi, semakin cerah peluang kita untuk mendapatkan premium polisi dengan perlindungan manfaat yang bagus dengan harga yang murah. Sebagai contoh, jika kita mengambil polisi ketika berumur awal 20-an kita masih berpeluang untuk mengambil polisi dengan harga yang murah dengan manfaat yang lebih banyak, tetapi jika kita baru nak mengambil polisi pada umur 30-an, kita mungkin tidak dapat manfaat yang sama seperti pada umur 20-an tadi dengan harga yang sama. Ini kerana, semakin berumur seseorang, semakin meningkat risiko untuk mendapat masalah kesihatan. Semakin meningkat risiko, maka semakin tinggi peluang kita untuk mendapatkan rawatan dengan kerap. Sudah tentu syarikat insuran tdak mahu menanggung orang yang sudah pastinya sakit bukan? Tetapi rasa2 ada kemungkinan kita sakit tak nanti? Tunggu apa lagi? Setelah disahkan mendapat penyakit Sekiranya sudah mendapat penyakit dan bergantung kepada penyakit adakalanya insurans tidak akan melindungi penyakit kita itu. Pada ketika itu, permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans pun tidak bermakna sudah. Sekalipun permohonan kita diterima, penyakit yang sudah disahkan dihidapi tidak akan dilindungi selain daripada premium yang dikenakan lebih tinggi. Malah terdapat kes yang mana syarikat takaful / insurans menolak permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kerana risiko anda sudah semakin tinggi. Sebab itu, masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah semasa kita masih sihat dan muda. 



Semakin berumur, risiko penyakit semakin meningkat, perlindungan semakin berkurangan 


Setelah disahkan mendapat penyakit 

Sekiranya sudah mendapat penyakit dan bergantung kepada penyakit adakalanya insurans tidak akan melindungi penyakit kita itu. Pada ketika itu, permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans pun tidak bermakna sudah. Sekalipun permohonan kita diterima, penyakit yang sudah disahkan dihidapi tidak akan dilindungi selain daripada premium yang dikenakan lebih tinggi. Malah terdapat kes yang mana syarikat takaful / insurans menolak permohonan kita untuk mendapatkan perlindungan insurans atau takaful kerana risiko anda sudah semakin tinggi. Sebab itu, masa yang terbaik untuk mendapatkan perlindungan insurans adalah semasa kita masih sihat dan muda.

HUBUNGI SAYA SEGERA. ARMIZI ARIFFIN, PERUNDING TAKAFUL ANDA UNTUK KHIDMAT NASIHAT MENGENAI KAD PERUBATAN DAN SIMPANAN TAKAFUL DI TALIAN 0123103127 (WHATSAPP)

ATAU LIKE PAGE KAMI





No comments:

Post a Comment